My collection

Mar 28, 2015

The destiny 4

Kyoko berjalan keluar dari kelas dengan muka masam. Sepanjang malam Kyoko tidak dapat tidur memikirkan peristiwa yang berlaku semalam. Walaupun sebahagian daripada masalah berpunca dari kyoko sendiri namun Akito tidak patut bertindak melampaui batas. Tapi yang pasti budak Akito itu memang berma alah. Kalau tak kenapa dia nak marah sangat bila Kyoko cuba mendalami perasaannya. Apa sebenarnya yang dia rahsiakan dari semua orang.

"Kenapa aku masih fikir pasal dia." Kyoko menepuk-nepuk kedua belah pipinya untuk sedarkan dirinya daripada terus mengelamun. Kyoko memandang sekelilingnya yang terasa asing. Tanpa disedari Kyoko telah berjalan sampai ke block akademik. "Agaknya aku dah hilang akal, kenapa aku boleh jalan sampai sini." Kyoko bermonolog.

Mata Kyoko meliar ke arah papan tanda yang tergantung di atas pintu di hadapannya. Tertulisnya unit pembangunan pelajar. Bilik untuk wakil-wakil pelajar berkumpul. "Agaknya Shinya ada ke tak?" Kata Kyoko sambil berjalan menghampiri pintu itu.

Pintu terbuka. Laju Kyoko mengurut dada, terkejut bila pintu itu tiba-tiba terbuka. "Apa kau buat di sini." Kyoko terus mengangkat kepalanya apabila dengar suara orang itu. Suara yang dikenalinya. "Shinya." Kyoko memanggil. Panjang betul umur Shinya, baru saja sebut terus muncul.

"Kau datang cari aku ke, kenapa tak call?" Soal Shinya. "Bukanlah, aku sebenarnya nak pergi cafe tapi entah kenapa pandai jalan sampai sini." Jelas Kyoko. Shinya tersenyum nakal. "Kenapa kau tiba-tiba senyum pula, jangan nak fikir yang bukan-bukan tahu." Kata kyoko dengan nada suara yang tinggi. "Mana ada." "Memang ada." Wajah Kyoko merah padam membuatkan Shinya ketawa. Lucu melihat gelagat Kyoko.

Barulah Kyoko faham kenapa dia boleh berjalan ke situ. Pasti gerak hatinya yang membawanya ke situ untuk berjumpa dengan Shinya. Hanya Shinya seorang saja yang mampu menghiburkan hatinya dan membuat dia tersenyum semula.

"Oh ya...kau dah berikan hadiah itu pada dia? Dia suka tak?" Soal Kyoko. Tiba-tiba teringat tentang hadiah yang Shinya minta dia pilihkan minggu lepas. Terkebil-kebil mata Shinya mendengarnya. "Hadiah yang kau beli untuk kawan perempuan kau. Hadiah gelang." Berusaha Kyoko mengingatkan Shinya.

"Owh...hadiah itu. Aku belum bagi dia lagi." "Kenapa?" Soal Kyoko kehairanan. Dia sudah ubah fikiran ke dan rasa hadiah itu tak cukup bagus untuk gadis itu. "Belum ada masa yang sesuai." Balas Shinya acuh tak acuh. Kyoko mengangguk faham.

Kyoko berpaling apabila mendengar tapak kasut yang datang dari belakang. Membulat mata Kyoko apabila melihat kelibat Akito yang muncul. Hatinya mula berdengup kencang dan kata-kata Akito terngiang ngiang di kepala Kyoko supaya jangan muncul di depan dia lagi. Kyoko berpaling semula dan mengenggam kuat tangan Shinya sambil menutup rapat matanya.

Terpaku Shinya melihat kelakuan Kyoko. Malah dia juga dapat merasakan tangan Kyoko sedang bergeletar. Shinya melihat tepi. Tiada sesiapa pun yang ada di sekitar itu melainkan
Akito. "Dia takut pada Akito ke?" Shinya menyoal dirinya.

"Dia dah pergi." Kata Shinya selepas memastikan Akito telah pergi jauh. Kyoko membuka perlahan matanya dan memandang sekelilingnya. "Kau kenal Akito?" Soal Shinya. Kyoko hanya diam membisu. Tak tahu macam mana nak jawab. "Apa yang berlaku antara kamu berdua?" Soal Shinya lagi.

Shinya menghembus nafas panjang apabila Kyoko langsung tidak menjawab persoalannya. "Kyo..." Shinya terus terdiam apabila dengar handphone Kyoko berbunyi. Kyoko segera mencapai handphone nya dari bag. Panggilan dari May. Namun Kyoko tidak menjawabnya. "May tengah tunggu aku di cafe." Kata Kyoko lalu berlari pergi meninggalkan Shinya.

Kerusi meja di hadapan May ditarik oleh kyoko lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. May terus meletakkan penyepitnya di atas mangkung dan memandang tepat pada wajah Kyoko. Seolah-olah sedang menanti Kyoko memberitahunya sesuatu.

"What?" Kyoko mengerut dahinya.

"Tell me what happen? You look moody since this morning." Soal May yang mula berasa risau.

Kyoko berfikir sebentar. Patutkah dia menceritakan apa yang telah berlaku kepada May? Mungkin dia akan berasa lebih lega nanti. Tapi dia tak nak buat May bertambah risau memikirkan dirinya.

"Tak ada apa-apa. Mungkin aku terlalu penat." Kata Kyoko sambil membuka penutup tin air coklat yang dibeli dari mesin semasa dia dalam perjalanan ke cafe. Kyoko menghirup seteguk air coklat di tangannya dan meletakkannya semula di atas meja.

"Tak apa kalau kau belum sedia nak beritahu aku. Aku akan tunggu." May mengenggam erat tangan Kyoko sambil tersenyum. Kyoko hanya mengangguk dengan lemah. Rasa bersalah kerana tidak menceritakan hal yang sebenar.

Setelah May selesai makan, Kyoko terus meminta diri untuk ke perpustakaan. Masa begini, bukulah penawar yang terbaik untuk mengubati hati Kyoko. Membaca kisah kehidupan panit dan manis yang dijalani oleh watak utama dalam buku akan mengingatkan Kyoko bahawa nasibnya tidak seteruk yang difikirnya. Sungguh pun kisah-kisah yang diceritakan dalam buku hanyalah rekaan semata-mata.

Sampai saja di perpustakaan cepat saja kaki Kyoko melangkah menuju ke arah buku-buku yang tersusun rapi di raknya. Tangan Kyoko menyentuh satu persatu buku semasa dia melepasinya. "Lama betul aku tak berjinak-jinak dengan kamu orang." Kata Kyoko sambil tersenyum.

"Buku mana satu patut aku baca dulu." Kyoko menyoal dirinya. Kalau di ikutkan hati ingin saja Kyoko meminjam semua buku-buku yang dianggapnya menarik dan membacanya di rumah. Namun Kyoko tak ada masa untuk buat semua itu. Minggu peperiksaan  pun hampir tiba.

Kyoko beralih ke rak satu lagi dengan harapan dapat jumpa buku yang lebih bagus. Mata Kyoko membulat dan badannya terus menjadi kaku apabila melihat Akito ada di depan matanya.

"Shit...apa yang dia buat di sini?" Dengan sepantas kilat Kyoko menyorok di tepi rak. Jantungnya berdenggup dengan begitu kencang bagaikan nak terkeluar dari dadanya. Namun Kyoko cekalkan hati dan mengintai Akito dari tepi. "Apa pula yang aku buat ni macam mana kalau dia nampak aku nanti." Bisik Kyoko dalam hati.

Akito duduk bersandar pada rak dengan matanya yang tertutup. Dia sedang tidur ke? "Eh...dia nampak pucat." Kyoko berjalan mendekati Akito lalu menyentuh dahinya. "Panas...kau demam panas lah." Terpaku Kyoko bila Akito tiba-tiba mengenggam pergelangan tangannya. "Jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tu." Kata Akito lalu membuka matanya perlahan. "Dia ni sakit-sakit pun bermulut leser." Bisik Kyoko dalam hati sambil tersenyum sinis.

"Badan kau betul-betul panas ni, kau kena pergi sick bay."

"Pergilah, jangan nak menyibuk."

"No...i can't leave you like this." Kyoko berfikir seketika. "Macam mana aku nak bawa dia ke sana? Impossible aku boleh angkat dia sorang-sorang." Kyoko bermonolog.

"Kau tunggu di sini kejap, aku pergi panggil seseorang dulu." Kata Kyoko lalu bergegas pergi.

Sebaik saja jururawat selesai memasang IV, dia meninggalkan Kyoko dan Akito bersendirian. Kyoko duduk di atas kerusi yang terletak di sebelah katil Akito sambil merenung tepat pada wajah Akito yang sedang nyenyak tidur. "Boleh tahan handsome juga dia. Dah la bulu mata dia melentik macam bulu mata perempuan." Kyoko tersenyum sendiri.

Kyoko tersedar dari tidur lalu memandang sekelilingnya. Kyoko memegang dahinya dan cuba ingat apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya dia telah tertidur ketika dia menemani Akito. Kyoko berpaling ke arah katil di hadapannya dan mendapati katil itu telah kosong.

"Dik..." Seorang jururawat menepuk perlahan bahu Kyoko dan membuatnya terperanjat. "Mana lelaki yang datang bersama saya tadi dah pergi?" Soal Kyoko sambil mengosok-gosok matanya.

"Kawan adik dah balik dari tadi lagi." Balas jururawat itu. Terkebil-kebil mata Kyoko mendengarnya. Boleh pula Akito balik tanpa beritahu dia apa-apa setelah dia bersusah payah bawa dia ke sini. Siap teman kan dia lagi.




No comments:

Post a Comment