My collection

Mar 21, 2015

The destiny 1: Faith


Suasana perpustakaan dibanjiri oleh mahasiswa dan mahasiswi ketika Kyoko dan May melangkah masuk ke dalamnya. Mata mereka meliar mencari tempat duduk di sudut membaca. “Sana ada kosong.” May berjalan  ke arah tempat duduk yang dijumpainya. Kyoko hanya mengikutnya dari belakang.

“Habislah kita kalau tak sempat hantar laporan hari rabu nanti. Mesti nenek sihir itu paksa kita drop subjek.” May meletakkan laptopnya ke atas meja sambil melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. “Cool down, kita mesti boleh siapkannya on time.” Balas Kyoko.

Kyoko mula berjalan ke arah rak-rak yang dipenuhi dengan buku. “Kau nak pergi mana pula?” soal May sambil membuka laptopnya. “Nak cari bukulah, nak ke mana lagi.” Jawab Kyoko spontan.

Mata Kyoko meliar memandang buku-buku yang disusun rapi di tempatnya. Pandangan Kyoko tertumpu pada sebuah buku yang berjudul “Faith”. Perkataan takdir telah cukup membuat Kyoko tertanya-tanya apakah isi kandungan buku itu. Tanpa disedari tangan Kyoko mencapainya.

Kyoko membaca halaman demi halaman sambil menghayati setiap ayat-ayat yang tertulis dalam buku itu. “Faith” Kyoko menyebut dengan nada yang perlahan. Kyoko mengembalikan buku itu ke tempat asalnya. Hingga ke saat itu barulah Kyoko sedar seseorang lelaki sedang memerhati gelagatnya. Dia berdiri di arah yang bertentangan.

Buat seketika mata mereka bertentangan. Hati Kyoko mula berdengup dengan kencang. “Kenapa dengan aku ni?” soalnya dalam hati. Kyoko dapat merasakan sesuatu apabila dia melihat mata lelaki itu. Namun dia sendiri tidak mengerti perasaan apakah itu?

“Kyoko” Kyoko segera berpaling apabila mendengar seseorang memanggilnya. Kelihatan May sedang berjalan mendekatinya. “Kau ada jumpa apa-apa? Lama betul aku tunggu kau tadi.” Kata May. “Belum lagi.” Kyoko menggelengkan kepalanya. Kyoko kembali memandang ke arah lelaki tadi namun dia telah pergi. “Jomlah kita pergi makan dulu aku laparlah. Aku rasa otak aku macam tak berfungsi bila perut aku kosong.” Kata May sambil ketawa kecil. Kyoko hanya mampu menggeleng kepalanya apabila melihat gelagat sahabatnya itu.

Kyoko dan May berkunjung ke MacDonald yang berdekatan dengan kolej. Sampai sahaja di sana pekerja di kaunter terus mengambil pesanan mereka. Kyoko telah memesan satu set Big Mac dan May pula memesan set ayam goreng. Setelah selesai membuat pembayaran, mereka pergi mencari tempat duduk sambil membawa dulang yang telah dipenuhi dengan makanan. Mereka memilih untuk duduk di suatu sudut berdekatan dengan tingkap. Dari situ mereka dapat melihat orang awam yang lalu lalang.

“Hoi kau dengar tak apa yang aku cakap?” kata May dengan nada suara yang tinggi apabila mendapati Kyoko tidak memberi perhatian. “May, kau pernah tak berasa seram sejuk bila bertentang mata dengan seseorang?” soal Kyoko sambil memandang tepat pada wajah May. “Apa yang kau merepek ni? Ada. Contohnya sekarang, bila kau tiba-tiba cakap perkara yang bukan-bukan.” May menyampai fries yang terletak di pinggan Kyoko lalu menyupkannya ke dalam mulut.

“Tadi aku terjumpa seorang mamat ni dan kami bertentang mata. Sebaik saja aku memandang matanya, aku dapat merasakan kesedihan yang tidak terungkap. Penderitaan yang dia hanya mampu dipendam saja di dalam hati. Jauh di sudut hatinya dia sedang menjerit-jerit agar seseorang menyedari perasaannya dan semua itu buat hati aku sakit sangat.” Jelas Kyoko panjang lebar.

May mendiamkan diri seketika. “Kau tak perlulah fikirkan sangat tentang dia, mungkin semua itu firasat kau saja. Kalau betul pun apa yang kau rasakan, kau bukannya boleh buat apa-apa untuk tolong dia dan kau pun tak kenal dia.”

“Betul juga.” Kyoko memejam matanya lalu menggeleng-geleng kepalanya. Kyoko memberitahu dirinya agar melupakan segalanya yang dia telah nampak.

“Kyoko…Kyoko.” Kyoko terus terjaga dari lamunannya apabila mendengar namanya dipanggil. Kyoko memandang ke arah Mayu yang sedang berbaring di atas katil sebelah.

Mayu adalah kawan baik Kyoko sejak sekolah rendah. tamat pengajian di sekolah menengah tinggi Kyoko telah membuat keputusan untuk ke bandar Sibuya menyambung pelajarannya di sebuah Universiti ternama di Sibuya. Mayu yang tidak minat sambung belajar pula mengambil sijil kemahiran selama setahun dan mula bekerja di sebuah salon di Sibuya. Sebaik saja Kyoko dan Mayu berpindah ke bandar Sibuya, mereka telah menyewa bilik bersama memandangkan kos menyewa sebuah bilik agak tinggi bagi seorang pelajar.

 “Handphone kau dari tadi bordering, cepatlah angkat.” Kata Mayu. Kyoko berjalan ke arah meja yang terletak di kaki katil Mayu lalu mencapai handphone nya. Nama Shinya terpapar pada skrin handphone Kyoko.

“Hello...are you busy?” kedengaran suara yang garau di sebalik telefon Kyoko. “Taklah.” Kyoko menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum. Jatuh maruahnya kalau dia beritahu Shinya yang dia sedang mengelamun sampai tak dengar handphone  berdering.
“Mimpi apa kau call aku malam-malam begini?” Soal Kyoko. 
“Hmm…sebab aku rindukan kau.” Kedengaran suara Shinya sedang ketawa kecil. Kyoko turut tersenyum mendengarnya.
“Encik wakil pelajar cepatlah cakap kenapa kau call?” soal Kyoko kurang sabar.
“Kau ada kelas esok?”
“Ada, last kelas aku pukul 4. Kenapa kau nak belanja aku ke?” Ejek Kyoko sambil tersenyum lebar. Walaupun Kyoko tidak dapat melihat wajah Shinya namun dia yakin pasti shinya pun tersenyum seperti dirinya.
“Adalah...kita jumpa di foyer jam 4 petang okay?”
“Fine..."
“Ok, see you tomorrow.”
"Bye.” Ujar Kyoko lalu meletakkan telefon.

Kyoko meletakkan handphone nya di atas meja sambil tersenyum lebar. “Shinya ke yang call tadi?” Kyoko segera mengalihkan pandangannya ke arah Mayu. “Mana kau tahu?” Kyoko kembali ke katilnya lalu melabuhkan punggung ke atas nya. “Siapa lagi yang boleh buat kau tersengeh-sengeh selain Shinya.” Sindir Mayu.

Tanpa disedari sebiji bantal terbang ke arah Mayu. “Mana ada aku tersengeh-sengeh.” Kata Kyoko denggan nada yang kuat. "Memang betul pun.” Mayu membaling semula bantal Kyoko ke arahnya sambil ketawa. Kyoko segera menyambut bantal itu. Melihat Mayu ketawa membuat Kyoko turut ketawa bersama.

No comments:

Post a Comment