My collection

Apr 12, 2015

Manisan Kebahagiaan 1


Sinaran mentari masuk melalui jendela menyilaui wajah Chris dan membuat dia terjaga dari tidurnya. Chris bangun dari baringannya lalu bersandar di kepala katil. Kepalanya pusing dan penglihatannya juga kabur. Pasti dia telah minum terlalu banyak semalam.

Mata Chris membulat apabila dia melihat seorang wanita memakai gaun transparan sedang tidur di sebelahnya. "Who the hell is she?" Chris bermonolog.

Chris memeluk kepalanya dan cuba ingat semula kejadian semalam. Semuanya terpapar dengan pantas dalam ingatan Chris, bagaikan ombak yang menerja.

Chris sedang minum bersendirian di sebuah bar dan tiba-tiba seorang wanita sekitar 30-an mendekatinya. Mereka berborak dan minum sepanjang malam dan akhirnya Chris mempelawanya ke apartment Chris. Wanita itu akur.

"Damn." Chris menyumpah lalu bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi. Chris memutar kenop shower dan membiar air dingin membasahi dirinya. Badannya terasa segar malah sakit kepalanya pun semakin berkurangan.

Selepas selesai membersihkan diri, chris melangkah keluar dari bilik mandi hanya bertuala dan kembali ke biliknya. Chris mengenakan hodie berwarna biru gelap yang dipadankan dengan seluar jean levi's dan kasut nike. Chris mencapai handphone nya di atas meja. Terpapar 8 misscall dan 5 voicemail pada skrin handphone daripada pemanggil yang sama. Pengurus Ivan. Chris langsung tidak mengendahkan pesanan tersebut dan meletakkan handphone miliknya di atas meja ruang tamu lalu keluar dari apartment.

Chris menutup kepalanya menggunakan hood bajunya dan berjalan menuju ke arah sekumpulan manusia yang sedang berdiri di tepi lebuhraya, menunggu lampu melintas bertukar hijau. Dia menunduk kepalanya dan memandang ke bawah untuk mengetak penyamarannya diketahui ramai.

"OMG...Hiro lah." Pekik seseorang. Membulat mata Chris mendengar namanya diseru. Chris segera menoleh sekelilingnya untuk mengesan dari mana datangnya suara itu. Kelihatan seorang gadis sedang menunjuk papan iklan LED yang digantung di atas bangunan di hadapan mereka.

Iklan yang menyiarkan video klip terbaru band Heart Beat yang digilai ramai terutama dalam kalangan wanita. Chris memandang dirinya di papan iklan sedang tersenyum lebar dan begitu asik menyanyi mengikut rentak musik yang dimain oleh ahli bandnya. "Macam tu rupa aku bila sedang tersenyum? Aku nampak macam orang bodoh je." Desis Chris dalam hati.

"Suara Hiro betul-betul merdu sampai boleh buat hati seseorang berdengup kencang bila dengar nyanyiannya." Kata gadis itu sambil meletakkan kedua tangannya di dada.

"Sebab itulah nama band mereka heart beat. Mereka bukan saja berbakat tapi sangat handsome pula tu. Jawab rakannya pula. Gadis itu mengangguk. "Kyaa!!!!" Pekik dua orang gadis itu apabila Hiro membuat renungan mautnya di penghujung video klip.

"Dunggu." Desis Chris sambil menutup telinganya. Rasa macam nak pekak bila dengar jeritan nyaring itu. Chris bergegas meyeberangi jalan sebaik saja lampu isyarat bertukar hijau.

PON!!!!

Bunyi hon yang kuat diiringi suara brek mengejutkan Chris. Kelihatan sebuah Honda City sedang menuju ke arahnya dengan kejaluan yang tinggi. Chris kaku dan tidak tahu nak berbuat apa. "Bahaya!" Tubuh tegap Chris ditolak kuat sehingga dia jatuh tergolek ke bahu jalan.

Chris membuka matanya perlahan dan melihat tubuh kecil gadis itu menimpanya. "Cik tak apa-apa?" Soalnya risau. Kalau bukan gadis itu sanggup membahayakan nyawanya untuk selamatkan Chris pasti Chris dah mati katak di situ.

"No worries, i'm fine." Gadis itu bergegas bangun lalu menepuk-nepuk skirtnya yang kotor. 

"How about you?" Soalnya lagi.

"Aku pun ok." Balas Chris. Gadis itu tersenyum. Dia menghulurkan tangannya dan Chris menyambutnya tanpa ragu-ragu.

Orang ramai mula mengeliling mereka berdua. "Apa yang terjadi? Mereka dua tak apa-apa ke?" Mereka menyoal sesama sendiri. Masing-masing kabur tentang situasi sebenar.

"Kami tak apa-apa, tak ada yang cedera pun." Jelas gadis itu. Mereka mengangguk. "Eh...bukan kah dia tu vokalis Heart Beat, Hiro ke?" Kata seorang yang berdiri di kalangan mereka sambil menunding ke arah Chris. "Betul lah, memang Hiro." Kata kawannya pula. 

Chris mula panic bila identitinya telah terbongkar. Mulanya dia fikir tak ada orang yang boleh cam dia bila dia berpakaian begitu, ternyata jangkaannya salah. Lepas ini pasti berita dia hampir kena langgar kereta akan jadi headline di mana-mana surat khabar atau majalah. Manusia memang begitu, mereka akan berasa terhibur dengan kesusahan hidup orang lain tanpa fikirkan perasaan mereka.

Terpaku Chris apabila tangannya digenggam kuat oleh gadis yang telah selamatkan nyawanya "Jom lari." Kata gadis itu lalu menarik tangan Chris dan berlari sekuat hati tanpa menghiraukan orang sekeliling sedang memandang mereka.

Walaupun penat berlari Chris tetap tak nak lepaskan tangan gadis itu. Genggaman tanggannya terasa hangat dan membuat Chris berasa sangat selamat. Inilah kali pertama dia merasakan perasaan sedemikian.

"Kita dah selamat ke?" Soal gadis itu tercungap-cungap setelah mereka berhenti lari. Sejak di bangku sekolah dia memang benci dengan semua jenis sukan dan ini lah kali pertama dia berlari dengan begitu laju. "Rasanya." Balas Chris sambil mengelap peluh di dahi.

Mereka memandang satu sama lain dan mula tergelak. Dah macam penjenayah pula main kejar-kejar. "Ah...maaf" Dia melepaskan tangan Chris. "Tak apa...tapi kita kat mana ni?" Soal Chris sambil memandang sekelilingnya.

Nampak macam sebuah taman. Di sudut kanan mereka terletaknya kerusi-kerusi yang berjarak 10 miter di sepanjang lorong pejalan kaki. Malah Chris juga dapat melihat seluruh permandangan bandar Tokyo dari situ. Di sudut kiri pula terdapat sebuah tembok dinding dan tangga terletak di tengah-tengah tembok itu. Chris tertanya-tanya ke mana tujunya tangga itu.

"Biasanya orang datang ke taman ni untuk tengok pertunjukkan bunga api." Kata gadis itu acuh tak acuh. Chris menoleh. "Tangan kamu cederalah." Kata Chris sambil memandang ke arah siku gadis itu yang berlumuran darah. Pasti dia tercedera semasa cuba nak selamatkan Chris tadi.

"Eh...betulah tangan aku berdarah." Gadis itu mula mengelabah. Langsung tak sedar atau rasa sakit. "Kau tunggu di sini aku pergi cari kedai berdekatan dan belikan ubat untuk kau." Kata Chris lalu berlari pergi meninggalkan gadis itu.

Bila Chris kembali dia mendapati gadis itu telah tiada. Dia mencari di sekitar taman namun langsung tak nampak kelibat gadis itu. "Aku belum ucap terima kasih pun, nama dia pun aku tak sempat tanya." Chris bermonolog sambil melihat plastik ubat di tanggannya.

Chris akhirnya kembali ke apartmentnya dan kepulangan Chris disambut oleh pengurusnya, Ivan. "Ke mana kau pergi, kenapa aku call kau tak angkat? Kau dah lupa ke kau ada temuramah dengan majalah Jpop pukul 3 nanti?" Soal Ivan dengan nada suara yang kuat sebaik saja Chris melangkah masuk ke dalam rumah. Pasti wanita itu sudah pergi sebelum Ivan sampai memandangkan Ivan tak ada sebut pun pasal dia.

"Aku tak lupa. Aku pergi ambil anggin kejap dan lupa nak bawa handphone aku." Balas Chris acuh tak acuh lalu meletakkan plastik ubat itu di atas meja dan menghempas punggungnya di atas sofa yang empuk.

"Itu ubat antiseptik kan? Kau ada cedera di mana-mana ke? Bagi aku tengok luka kau cepat." Ivan mendekati Chris dan menarik-narik tangannya untuk memeriksa kecederaan di tubuh Chris. "Bukan aku yang cedera lah tapi gadis itu." Chris menarik tangannya semula. "Thank god, gadis itu? Siapa dia?" Soal Ivan lagi. Ikut kan hati nak saja Chris belasah pengurusny yang super annoying itu tapi dia hanya tenangkan diri dan buat tak tahu saja. Chris tahu Ivan juga hadapi masa-masa yang sukar sejak dia dilantik untuk menjadi pengurus Hiro.

"My saviour." Kata Chris sambil memejamkan matanya.

Apr 4, 2015

The destiny 5: Trouble day


"Hei!" Kyoko berpaling ke belakang. Kelihatan seorang gadis yang berambut pendek sedang merenungnya dengan renungan yang tajam.

Kyoko mengangkat jari telunjuknya lalu menunding dirinya. Gadis itu mengangguk. "Do i know you?" Soal Kyoko kehairanan. Setahu dia ini kali pertama mereka berjumpa.

"We need to talk" katanya lalu berjalan melimpasi Kyoko. "Kenapa aku asik jumpa dengan orang yang pelik-pelik kebelakangan ini." Desis Kyoko. Namun dia tetap akur dan mengikutinya dari belakang.

Gadis itu membawa Kyoko ke dalam bangunan fakulti hospitaliti dan melalui bilik-bilik yang disangkanya adalah kitchen. Pandangan Kyoko menembusi cermin di dinding kitchen dan melihat pelbagai saiz periuk yang digantung di dinding berdekatan dengan dapur gas serta alat pemanggang.

Gadis itu membuka sebuah pintu yang terdapat di sebelah kitchen lalu memberi laluan kepada Kyoko untuk memasuki pintu tersebut. Di sebalik pintu itu kelihatan silawan mentari yang menyilaui.

"Luar?" Bisik hati Kyoko sambil memandang ke arah gadis itu. "Kita nak pergi mana?" Soal Kyoko. Gadis itu hanya mendiamkan diri dan memberi isyarat supaya Kyoko terus berjalan.

Mata Kyoko membulat sebaik saja dia kakinya berpijak keluar. Dia bagaikan tidak mempercayai apa yang dilihat.

Di hadapannya terdapat tembok simen yang memisahkan kawasan kolej dengan dunia luar. Malah terdapat pokok-pokok yang ditanam di sepanjang baris tembok tersebut. Selama dia menuntut di kolej itu, dia tak tahu pun tempat macam itu wujud. Rasanya May pun tak tahu mengenainya.

Gadis itu mendahului Kyoko sementara Kyoko sedang asik menikmati permandangan di situ. Melihat gadis itu semakin jauh meninggalkannya, Kyoko terus berlari anak untuk mengejarnya. Mereka berjalan melalui lorong penjalan kaki dan akhirnya belok pada satu selekoh.

Di selekoh itu kelihatan dua orang gadis sedang berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding bangunan. "Sunoko, aku dah bawakan orang yang kau minta." Kata gadis yang bersama Kyoko.

"Jadi inilah perempuan yang tak sedar diri itu." Kata gadis yang bernama Sunoko.

Rambutnya panjang mencecah paras pinggang dan kulitnya pula berwarna cerah. Wajahnya kecil dan mempunya sepasang mata yang besar. Dia nampak begitu anggun.

Sayang sekali sikapnya tidak menyerupai keanggunan pada dirinya. "Apa yang kau cakap ni? Dan sapa korang kenapa bawa aku ke sini?" Kyoko mengundur beberapa langkah. Dia mula merasakan ada yang tak kena.

"Hei perempuan jangan nak berpura-pura lah, kami tahu kau sengaja cakap yang bukan-bukan pada Akito sebab kau nak mendekati dia kan? Sedarlah diri sikit, Akito tak kan pandang perempuan yang low class macam kau." Kata rakannya pula.

"Akito? Dia hantar perempuan-perempuan ni untuk balas dendam ke? Atau mereka ni fanatic fan of him?" Bisik hati hati Kyoko sebaik saja nama Akito diseru.

"So all of this trouble is for Akito?" Kata Kyoko dengan nada suara yang kuat namun tergetar-getar. Mana tak mereka bertiga dan Kyoko pula seorang diri. Entah apa yang mereka akan lalukan.

Mungkin juga mereka akan cederakan wajah Kyoko dan potong rambutnya supaya dia kelihatan hodoh. Sama macam kes-kes buli yang Kyoko pernah tonton dalam tv. "Ish apa pula yang aku fikir ni." Desis hati Kyoko.

"Berani kau sebut-sebut nama Akito!" Pekik gadis itu lagi sambil menolak tubuh Kyoko pada dinding. Mereka bertiga beralih dan berdiri di hadapan Kyoko.

"Apa kata kita ajar saja dia ni? Tak guna kita cakap panjang lebar kat orang yang tak faham bahasa macam dia ni." Kata yang gadis berambut pendek sambil tersenyum sinis. Tiba-tiba Kyoko merasakan bulu romanya meremang.

"Wait just a minute." Kyoko memandang tepat pada wajahnya. Pandangan Kyoko beralih apabila dia melihat ada bayang seseorang sedang berjalan menuju ke arah mereka. Akhirnya Kyoko akan terselamat.

Kyoko bagaikan tidak mempercayai apa yang dia lihat. Akito. Langkah Akito terhenti dan dia memandang Kyoko kemudian beralih pada tiga orang gadis itu. Nampaknya mereka bertiga tidak menyedari kehadiran Akito.

Akito kemudian berpaling dan pergi meninggalkan mereka. "Dia pergi macam itu saja? Mungkin juga semua ni tak ada kaitan dengan dia. Apa yang aku cakap ni, semua ni memang ada kaitan dengan dia sebab dia lah aku kena wanted." Bisik Kyoko dalam hati.

Mulut tiga orang gadis itu terkumat kamit memberitahu Kyoko sesuatu. Kyoko terlalu sibuk melayan perasaannya dan tak dengar pun apa yang mereka cakap. "Menyesalnya aku tolong dia hari tu kalau aku tahu akan jadi macam ni, aku patut biar dia mati kering saja." Desis Kyoko lagi.

"Hoi, kau dengar tak apa yang kami cakap?!" Pekik Sunako dan membuat Kyoko terus tersedar dari lamunannya. "Apa yang korang cakap?" Soal Kyoko pula. " Dia ni betul-betul nak kena." Sunako mengangkat tangan kanannya hendak menampar Kyoko. Kyoko segera memejamkan matanya.

"Apa yang korang buat ni" Kyoko membuka matanya semula bila tiada apa-apa yang berlaku. Ketiga-tiga gadis itu segera berpaling ke arah datangnya suara itu.

"Akito datang balik ke? Bukan. Ini bukan suara Akito." Desis Kyoko. Kyoko cuba memandang wajah tuan punya suara yang telah menyelamatkannya. Namun dihalang oleh tubuh-tubuh gadis itu.

"Dylan, apa yang kau buat di sini?" Soal gadis berambut pendek.

"Aku yang patut tanya apa yang kamu orang buat di sini?" Soal Dylan pula
membuat mereka diam membisu.

"Sunako, ingat kau tu pelajar akhir semester, kau nak ke kena gantung dan sambung satu lagi semester ke." Kata Dylan lagi.

"Aku...sebenarnya." Sunako tergagap-gagap.

"Sudah, kali ni aku maafkan korang. Tapi kalau aku tangkap korang buat kerja-kerja kotor ni lagi, aku sendiri akan pastikan korang dapat hukuman yang berat."

"Sudahlah Sunako jom kita blah." Kata rakannya.

Kyoko hanya memandang gadis-gadis itu pergi semakin jauh. Kyoko merasakan kakinya lemah lalu terduduk sambil memeluk kakinya. Pada masa yang sama dia berasa lega kerana semuanya telah berakhir.

"Kyoko, are you okay? Kau ada cedera di mana-mana?" Dylan mendekati Kyoko lalu duduk mencngkung di depannya. Kyoko mendonggakkan kepalanya untuk melihat wajah Dylan.

"I'm fine. But how do you know my name?" Soal Kyoko. Rasanya ini kali pertama dia jumpa Dylan tapi macam mana Dylan boleh tahu nama dia. "Alamak, tak kan aku nak cakap aku kenal kau sebab Shinya tak henti-henti cakap pasal kau pula, mati aku dikejarkan Shinya nanti." Desis hati Dylan. "Er...aku selalu nampak kau bersama Shinya." Balas Dylan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Kyoko mengangguk faham. "Kau kawan Shinya?" Soal Kyoko lagi. Walaupun sudah lama kenal Shinya tapi tak banyak yang Kyoko tahu tentang dia. Shinya pun jarang menceritakan tentang dirinya.

"Boleh di katakan macam tu." Balas Dylan acuh tak acuh.

Dylan menemani Kyoko sampai ke foyer dan meninggalkannya apabila Kyoko kata dia baik-baik saja. Dia cuma nak cepat-cepat balik ke rumah. Betul tu, hanya rumah saja tempat yang paling selamat baginya.

Apa yang berlaku hari ini umpama mimpi. Selama ini Kyoko senario buli membuli hanya berlaku dalam drama saja, tak pernah terlintas pun dalam fikiran Kyoko perkara begitu boleh berlaku pada dirinya.

"Kyoko." Jantung Kyoko bagaikan berhenti berdengup bila dia dengar namanya diseru oleh suara orang yang dia cukup kenali. Shinya. "Why him? Why???" Kyoko menjerit jauh di sudut hatinya. Namun Kyoko tetap berpaling dan senyum padanya.

"What with that smile." Shinya mengerut dahinya.
"Just happy to see you." Balas Kyoko sambil tersenyum sinis.
"Yelah tu. Just stop smiling, kau menakutkan aku saja."
"Cakap saja kau tak tahan tengok aku senyum sebab aku nampak cantik sangat." Kyoko menjelirkan lidahnya.
"Baiklah...baiklah...aku kalah. Kau pergi mana-mana tak lepas ni? Aku ingat nak ajak kau pergi makan." Kyoko berfikir sejenak. Kalau dia menolak pelawaan Shinya pasti dia akan fikir Kyoko sedang mengelak darinya. Tapi kalau dia setuju, macam mana kalau Shinya bangkit kan hal tentang Akito.
"Kyoko?"
"Okay." Jawab Kyoko sambil tersenyum. Bila di fikirkan kalau ianya Shinya, dia pasti tak kan memaksa Kyoko.

Shinya menarik kerusi untuk membenarkan Kyoko duduk di atasnya. Selepas Kyoko melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu, Shinya mengambil tempatnya berhadapan dengan Kyoko.

Seorang wanita sekitar umur 40-an mendekati meja mereka berdua. "Boleh saya ambil pesanan sekarang?" Soalnya dengan sopan sambil tersenyum lebar. "Dua mangkuk udon dan sepinggan ladu." jawab Shinya spontan lalu membalas senyumannya. Kemudian wanita itu terus menghilangkan diri di dapur untuk menyiapkan pesanan mereka.

"Kyoko..." Shinya memanggil Kyoko sambil renung tepat pada mata Kyoko dan membuat Kyoko tertunduk sedikit. "Hmm" jawab Kyoko spontan. "Kau tak nak beritahu aku apa yang berlaku di antara kau dengan Akito?" Kyoko menggeleng-geleng kepalanya.

Shinya diam seketika namun pandangannya tetap tidak lari dari memandang Kyoko. "Fine, aku tak kan tanya kau lagi." Kyoko mendonggakkan kepalanya dan memandang Shinya. "Kau marah ke?" Soal Kyoko dengan nada suara yang rendah seolah-olah sedang berbisik.

"Tak." Balas Shinya sambil tersenyum. Mana mungkin dia boleh marah pada Kyoko. Gadis yang paling dia cintai.

Shinya mencapai bagnya lalu mengeluarkan sesuatu dari dalamnya. "For you." Katanya sambil meletak sebuah kotak kecil di atas meja. Kyoko meneliti kotak itu dan rasa macam pernah nampak kotak yang serupa dengan itu.

"For me?" Tangan Kyoko mencapai lalu membuka kotak itu. Matanya membulat apabila melihat isi kandungannya. "Apa maksudnya semua ini?" Soal Kyoko kehairanan.

"Happy birthday." Balas Shinya lalu meletakkan kedua tangannya di atas meja.

"Birthday?" Shinya mengangguk. Sejujurnya Kyoko sendiri telah lupa dengan hari jadinya sendiri.

"Maaf sebab buat kau pilih hadiah sendiri." Kata Shinya sambil tersenyum

"Macam mana kau tahu hari ini hari jadi aku?"

"Hmmm...masa aku kemas kini fail-fail pelajar dan masa itu lah aku terjumpa fail peribadi kau." Shinya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Stalker." Kyoko tersenyum sinis.

"What?!" Melihat reaksi Shinya membuat Kyoko tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa.

"Anyway, thank Shinya for everything"

Mar 29, 2015

Tale of the Great King: prolog

Seorang gadis yang berjubah putih sedang berlari dengan sekuat hatinya di coridor dan melimpasi jendela-jendela yang terdapat di sudut kanan istana. "Tuan William...tuan William" Perkiknya. Menyebabkan penghuni dan dayang-dayang turut terjaga dari tidur.

"Cik Marellin, apa yang telah berlaku?" Seorang dayang yang agak berusia mendekati Marellin. "Di mana Tuan William sekarang?" Soal Marellin lalu mengenggam kuat lenggan dayang tersebut.

"Mungkin dia sedang berada di bilik bacaan." Balas dayang itu. Tanpa berlenggah lagi Marellin terus memecut ke arah bilik bacaan. Selok belok di dalam istana tidak asing lagi baginya walaupun dia banyak menghabiskan waktunya di biara. Tempat ahli nujum negara berdoa.

Langkahnya terhenti apabila dia tiba di depan pintu bilik bacaan diraja. Merellin mengetuk sekali pintu tersebut lalu membukanya. Kelihatan William sedang duduk di atas sofa yang berwarna merah. Di belakangnya terdapat beberapa buah rak buku yang menyimpan sejarah-sejarah kerajaan tersebut.

William itu mendongak kepalanya dan memandang ke arah Marellin. "Lady Rin...dia telah menemui..." Kata Marellin tercunggap-cunggap. Maklumlah gadis yang tinggal di biara mana pernah buat apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan fizikal.

"Tunggu dulu...saya tak faham lah apa yang awak cakap. Cuba awak bawa bertenang dan cakap perlahan-lahan." William bangun dari sofa lalu berjalan mendekati Marellin. Marellin tarik nafas panjang-panjang dan menghembuskannya.

"Lady Rin, dia telah menemui orang itu." Membulat mata William mendengarnya. "Kamu yakin ke?" Soal William dengan nada suara yang tinggi. Belum sempat Marellin menjawabnya, dia telah berlari keluar dari bilik meninggalkan Marellin seorang.

Pintu kayu ditolak dengar kasar dari luar. Dalam ruang yang dipenuhi dengan kegelapan, kedengaran suara tangisan yang teresak-esak. Lilin-lilin yang tergantung pada sudut kiri dan kanan di dinding menyala satu persatu sebaik saja William dan Arthur melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Seolah mengalu-alukan kedatangan mereka berdua.

Kelihatan seorang gadis muda yang berambut panjang dan putih sedang duduk di atas lantai sambil menangis. Badannya menghadap ke depan dan kepalanya pula tertunduk ke bawah.

"Rin?" Will memanggil nama gadis itu.

Tangisan gadis yang bernama Rin itu berhenti. Perlahan-lahan Rin berpaling ke arah mereka. Matanya bengkak. Pasti dia telah menangis untuk tempoh masa yang lama.

"Saya telah menemuinya." Kata Rin dengan perlahan seperti sedang berbisik. Namun masih dapat didengari. Will dan Arthur saling berpandangan.

"Awak pasti awak dah menemuinya?" Soal Arthur dengan teruja.

"Kalau begitu kita mesti cari dia dengan cepat. Semakin lama dia berada di luar sana semakin banyak bahaya yang akan menantinya." Kata Will pula. Kebolehan meramal yang dimiliki oleh Rin iaitu ahli nujum kerajaan selaku penjaga biara memang tidak boleh dinafikan.

"Rin, kau tahu di mana dia berada?" Soal Will lagi.

Rin mengangguk lemah sambil menunding jari ke arah dinding air yang dihasilkan dengan kuasa magic yang terdapat di biara tersebit. Di dalamnya kelihatan kelibat seorang lelaki.


Watak-watak dalam Tale of the great king

King Mike

William

Arthur

Nina


Lady Rin 

Eric (The dark lord)



Mar 28, 2015

The destiny 4

Kyoko berjalan keluar dari kelas dengan muka masam. Sepanjang malam Kyoko tidak dapat tidur memikirkan peristiwa yang berlaku semalam. Walaupun sebahagian daripada masalah berpunca dari kyoko sendiri namun Akito tidak patut bertindak melampaui batas. Tapi yang pasti budak Akito itu memang berma alah. Kalau tak kenapa dia nak marah sangat bila Kyoko cuba mendalami perasaannya. Apa sebenarnya yang dia rahsiakan dari semua orang.

"Kenapa aku masih fikir pasal dia." Kyoko menepuk-nepuk kedua belah pipinya untuk sedarkan dirinya daripada terus mengelamun. Kyoko memandang sekelilingnya yang terasa asing. Tanpa disedari Kyoko telah berjalan sampai ke block akademik. "Agaknya aku dah hilang akal, kenapa aku boleh jalan sampai sini." Kyoko bermonolog.

Mata Kyoko meliar ke arah papan tanda yang tergantung di atas pintu di hadapannya. Tertulisnya unit pembangunan pelajar. Bilik untuk wakil-wakil pelajar berkumpul. "Agaknya Shinya ada ke tak?" Kata Kyoko sambil berjalan menghampiri pintu itu.

Pintu terbuka. Laju Kyoko mengurut dada, terkejut bila pintu itu tiba-tiba terbuka. "Apa kau buat di sini." Kyoko terus mengangkat kepalanya apabila dengar suara orang itu. Suara yang dikenalinya. "Shinya." Kyoko memanggil. Panjang betul umur Shinya, baru saja sebut terus muncul.

"Kau datang cari aku ke, kenapa tak call?" Soal Shinya. "Bukanlah, aku sebenarnya nak pergi cafe tapi entah kenapa pandai jalan sampai sini." Jelas Kyoko. Shinya tersenyum nakal. "Kenapa kau tiba-tiba senyum pula, jangan nak fikir yang bukan-bukan tahu." Kata kyoko dengan nada suara yang tinggi. "Mana ada." "Memang ada." Wajah Kyoko merah padam membuatkan Shinya ketawa. Lucu melihat gelagat Kyoko.

Barulah Kyoko faham kenapa dia boleh berjalan ke situ. Pasti gerak hatinya yang membawanya ke situ untuk berjumpa dengan Shinya. Hanya Shinya seorang saja yang mampu menghiburkan hatinya dan membuat dia tersenyum semula.

"Oh ya...kau dah berikan hadiah itu pada dia? Dia suka tak?" Soal Kyoko. Tiba-tiba teringat tentang hadiah yang Shinya minta dia pilihkan minggu lepas. Terkebil-kebil mata Shinya mendengarnya. "Hadiah yang kau beli untuk kawan perempuan kau. Hadiah gelang." Berusaha Kyoko mengingatkan Shinya.

"Owh...hadiah itu. Aku belum bagi dia lagi." "Kenapa?" Soal Kyoko kehairanan. Dia sudah ubah fikiran ke dan rasa hadiah itu tak cukup bagus untuk gadis itu. "Belum ada masa yang sesuai." Balas Shinya acuh tak acuh. Kyoko mengangguk faham.

Kyoko berpaling apabila mendengar tapak kasut yang datang dari belakang. Membulat mata Kyoko apabila melihat kelibat Akito yang muncul. Hatinya mula berdengup kencang dan kata-kata Akito terngiang ngiang di kepala Kyoko supaya jangan muncul di depan dia lagi. Kyoko berpaling semula dan mengenggam kuat tangan Shinya sambil menutup rapat matanya.

Terpaku Shinya melihat kelakuan Kyoko. Malah dia juga dapat merasakan tangan Kyoko sedang bergeletar. Shinya melihat tepi. Tiada sesiapa pun yang ada di sekitar itu melainkan
Akito. "Dia takut pada Akito ke?" Shinya menyoal dirinya.

"Dia dah pergi." Kata Shinya selepas memastikan Akito telah pergi jauh. Kyoko membuka perlahan matanya dan memandang sekelilingnya. "Kau kenal Akito?" Soal Shinya. Kyoko hanya diam membisu. Tak tahu macam mana nak jawab. "Apa yang berlaku antara kamu berdua?" Soal Shinya lagi.

Shinya menghembus nafas panjang apabila Kyoko langsung tidak menjawab persoalannya. "Kyo..." Shinya terus terdiam apabila dengar handphone Kyoko berbunyi. Kyoko segera mencapai handphone nya dari bag. Panggilan dari May. Namun Kyoko tidak menjawabnya. "May tengah tunggu aku di cafe." Kata Kyoko lalu berlari pergi meninggalkan Shinya.

Kerusi meja di hadapan May ditarik oleh kyoko lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. May terus meletakkan penyepitnya di atas mangkung dan memandang tepat pada wajah Kyoko. Seolah-olah sedang menanti Kyoko memberitahunya sesuatu.

"What?" Kyoko mengerut dahinya.

"Tell me what happen? You look moody since this morning." Soal May yang mula berasa risau.

Kyoko berfikir sebentar. Patutkah dia menceritakan apa yang telah berlaku kepada May? Mungkin dia akan berasa lebih lega nanti. Tapi dia tak nak buat May bertambah risau memikirkan dirinya.

"Tak ada apa-apa. Mungkin aku terlalu penat." Kata Kyoko sambil membuka penutup tin air coklat yang dibeli dari mesin semasa dia dalam perjalanan ke cafe. Kyoko menghirup seteguk air coklat di tangannya dan meletakkannya semula di atas meja.

"Tak apa kalau kau belum sedia nak beritahu aku. Aku akan tunggu." May mengenggam erat tangan Kyoko sambil tersenyum. Kyoko hanya mengangguk dengan lemah. Rasa bersalah kerana tidak menceritakan hal yang sebenar.

Setelah May selesai makan, Kyoko terus meminta diri untuk ke perpustakaan. Masa begini, bukulah penawar yang terbaik untuk mengubati hati Kyoko. Membaca kisah kehidupan panit dan manis yang dijalani oleh watak utama dalam buku akan mengingatkan Kyoko bahawa nasibnya tidak seteruk yang difikirnya. Sungguh pun kisah-kisah yang diceritakan dalam buku hanyalah rekaan semata-mata.

Sampai saja di perpustakaan cepat saja kaki Kyoko melangkah menuju ke arah buku-buku yang tersusun rapi di raknya. Tangan Kyoko menyentuh satu persatu buku semasa dia melepasinya. "Lama betul aku tak berjinak-jinak dengan kamu orang." Kata Kyoko sambil tersenyum.

"Buku mana satu patut aku baca dulu." Kyoko menyoal dirinya. Kalau di ikutkan hati ingin saja Kyoko meminjam semua buku-buku yang dianggapnya menarik dan membacanya di rumah. Namun Kyoko tak ada masa untuk buat semua itu. Minggu peperiksaan  pun hampir tiba.

Kyoko beralih ke rak satu lagi dengan harapan dapat jumpa buku yang lebih bagus. Mata Kyoko membulat dan badannya terus menjadi kaku apabila melihat Akito ada di depan matanya.

"Shit...apa yang dia buat di sini?" Dengan sepantas kilat Kyoko menyorok di tepi rak. Jantungnya berdenggup dengan begitu kencang bagaikan nak terkeluar dari dadanya. Namun Kyoko cekalkan hati dan mengintai Akito dari tepi. "Apa pula yang aku buat ni macam mana kalau dia nampak aku nanti." Bisik Kyoko dalam hati.

Akito duduk bersandar pada rak dengan matanya yang tertutup. Dia sedang tidur ke? "Eh...dia nampak pucat." Kyoko berjalan mendekati Akito lalu menyentuh dahinya. "Panas...kau demam panas lah." Terpaku Kyoko bila Akito tiba-tiba mengenggam pergelangan tangannya. "Jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tu." Kata Akito lalu membuka matanya perlahan. "Dia ni sakit-sakit pun bermulut leser." Bisik Kyoko dalam hati sambil tersenyum sinis.

"Badan kau betul-betul panas ni, kau kena pergi sick bay."

"Pergilah, jangan nak menyibuk."

"No...i can't leave you like this." Kyoko berfikir seketika. "Macam mana aku nak bawa dia ke sana? Impossible aku boleh angkat dia sorang-sorang." Kyoko bermonolog.

"Kau tunggu di sini kejap, aku pergi panggil seseorang dulu." Kata Kyoko lalu bergegas pergi.

Sebaik saja jururawat selesai memasang IV, dia meninggalkan Kyoko dan Akito bersendirian. Kyoko duduk di atas kerusi yang terletak di sebelah katil Akito sambil merenung tepat pada wajah Akito yang sedang nyenyak tidur. "Boleh tahan handsome juga dia. Dah la bulu mata dia melentik macam bulu mata perempuan." Kyoko tersenyum sendiri.

Kyoko tersedar dari tidur lalu memandang sekelilingnya. Kyoko memegang dahinya dan cuba ingat apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya dia telah tertidur ketika dia menemani Akito. Kyoko berpaling ke arah katil di hadapannya dan mendapati katil itu telah kosong.

"Dik..." Seorang jururawat menepuk perlahan bahu Kyoko dan membuatnya terperanjat. "Mana lelaki yang datang bersama saya tadi dah pergi?" Soal Kyoko sambil mengosok-gosok matanya.

"Kawan adik dah balik dari tadi lagi." Balas jururawat itu. Terkebil-kebil mata Kyoko mendengarnya. Boleh pula Akito balik tanpa beritahu dia apa-apa setelah dia bersusah payah bawa dia ke sini. Siap teman kan dia lagi.




Mar 24, 2015

The destiny 3: The real you


Handphone Kyoko memekik dan membuat Kyoko terjaga dari tidurnya. Dengan keadaan  separuh tidur dan mata yang masih tertutp, Kyoko mencapai handphone nya yang diletakkan di tepi bantalnya. "Hello" Jawab Kyoko lemah.

"Hoi, mana kau?" Pekik May. Kyoko terus membuka matanya luas dan meneliti nama yang terpapar di skrin handphone nya. "Aku di rumah lah, di mana lagi. Kau awal-awal pagi dah kecoh kenapa?" Kyoko menghembus nafas panjang. Ini lah kelemahan terbesar May, dia langsung tidak pandai nak mengawal emosi nya. Malah tertulis satu muka dia bila dia tidak puas hati dengan seseorang.

"Bila kau nak hantar laporan kau? Last hantar pukul 12 petang ini. Aku dah di kolej sekarang, cepat datang aku tunggu kau." Jawab May. "Eh...bukan kita hantar hari Rabu ke?" Soal Kyoko. Mula berasa cemas. "Hari ini lah hari Rabu, kau masih ngigau ke? Cepat datang!" Pekik May lalu meletakkan telefon.

Cepat-cepat Kyoko menelit tarikh dan masa yang terpapar di Skrin depan handphone nya. Membulat mata Kyoko. '10:15AM, wed, 25March' Tarikh akhir untuk hantar laporan nenek sihir! Bergegas Kyoko bangun dari katil untuk bersiap. Kyoko memberus gigi dan mencuci mukanya lalu mencapai sepasang seluar jean dan baju-T dari almari. Tiada masa nak pilih-pilih.

Kyoko mengepitkan fail yang mengandungi laporan nya yang siap dicetak dan berlari dengan sekuat hatiny ke stesen bas. Malah dia langsung tidak memperdulikan orang di tepi jalan memandang nya. Dalam dua tiga minggu ini, Kyoko asik berlari saja. Tak lama lagi pasti bandannya langsing.

Sampai saja di stesen penghentian di kolej, Kyoko sekali lagi menelit jam handphone nya.11 AM. Tanpa melengahkan masa, Kyoko sambung lagi lari menuju ke falkulti school of business management. Sebelum itu sudah pasti Kyoko perlu melimpasi foyer.

Langkah Kyoko terus terhenti apabila dia bertembung dengan seseorang. Lalu Kyoko mengurut-urut dahi nya yang terasa sakit, impak daripada pertembungan tadi. "Lain kali jalan tengok lah orang." Kyoko mendongak.

Tersentak Kyoko melihat orang yang berdiri di hadapan nya. Usami Akito. "Oi, kau dah bisu ke?" Kata Akito dengan nada suara yang tinggi. "Biadap betul orang ini." Bisik Kyoko dalam hati. "Maaf, saya tak sengaja tadi." Kyoko menundukkan kepalanya. Akito tersenyum sinis. "What the hell, dia ingat dia hebat sangat." Bisik Kyoko dalam hatinya lagi.

"Get out of my way." Kata Akito. Mendengar kata-kata Akito membuat kemarahan Kyoko semakin membuak-buak. Serta merta Kyoko menjeling Akito. Malah wajahnya pun telah berubah merah akibat terlalu marah. Seumur hidup Kyoko, ini lah kali pertama dia jumpa dengan orang yang begitu kurang ajar.

Sebaik saja mereka bertentang mata, Kyoko mula merasakan perasaan bila kali pertama dia berjumpa Akito. Pandangan sedih Akito. Mata Akito membulat lalu menolak Kyoko pada dinding dan mengenggam kuat bahu Kyoko.

"Kenapa kau selalu pandang aku dengan pandangan itu." Pekik Akito tanpa memperdulikan orang sekeliling sedang memandang mereka berdua. Kyoko cuba melepaskan diri daripada genggaman Akito namun dia tidak bermaya untuk melawan tenaga Akito yang begitu kuat.

Mahu tidak mahu, Kyoko terpaksa memberanikan diri dan memandang tepat pada mata Akito. Terpaku Kyoko melihat Akito. Cara dia memandang Kyoko penuh dengan kemarahan dan kebencian.

"Sebab aku rasa kau menyedihkan." Kata Kyoko dengan nada suara yang tinggi. Tidak mahu kalah pada Akito. Akito mendengus. "Hei perempuan! Kau rasa aku siapa? Aku Akito lah, aku ada segalanya. Kenapa pula aku menyedihkan.?" Balas Akito. "Kau nak tahu kenapa kau menyedihkan? Walaupun kami orang miskin tapi kami berani mengaku kelemahan kami dan bukan nya macam kau. Kau berlagak kuat di depan orang ramai tapi kau tak berani nak mengaku perasaan kau sendiri." Kata-kata Kyoko telah membuat Akito diam membisu.

Perlahan-lahan Akito melepaskan genggamannya  dari bahu Kyoko lalu berpaling dari Kyoko. "Baik kau jangan muncul di depan aku lagi." Kata Akito lalu pergi meninggalkan Kyoko. Kyoko sendiri tak sangka kata-kata itu boleh keluar dari mulutnya. Namun dia langsung tidak berasa menyesal.

Kyoko merenung ke luar tingkap sambil memikirkan kejadian pagi tadi. Dia telah lukakan hati Akito ke? "Lantak lah dia, siapa suruh dia biadap sangat." Kyoko bermonolog. Memikirkan kata-kata kesat Akito cukup membuat darah Kyoko mendidih.

"Kyoko, kalau kau nak pakai bilik mandi, pakai lah. Aku dah siap mandi." Mayu berjalan keluar dari bilik mandi sambil menggalas tuala di bahunya. "Hhmm..." Mata Kyoko masih tertumpu pada dunia luar. "Ada apa-apa yang berlaku ke hari ini? Aku tengok kau macam tak ada mood saja." Soal Mayu. Kyoko mendiamkan diri sebentar. "Aku jumpa dengan setan hari ini." Kata Kyoko. Suaranya begitu perlahan seakan-akan sedang berbisik. Namun Mayu masih dapat dengar apa yang dikatakan Kyoko.

Mar 23, 2015

The destiny 2: A little gift

Perut Kyoko asik bergendang sehingga boleh menghasilkan musik. Kyoko tidak henti-henti menelik jam yang tergantung pada dinding di hadapan kelas. Jam menunjukkan pukul 12 petang. “Sabar Kyoko…sabar. Dalam 30 minit lagi penderitaan kau akan berakhir.” Bisik Kyoko dalam hatinya.

Otak Kyoko memainkan peristiwa yang berlaku pagi tadi. Awal pagi lagi Kyoko telah berlari seperti orang gila ke stesen bas. Dengan keadaan rambutnya yang tidak terurus dan wajahnya yang pucat lesu. Gincu pun Kyoko tidak sempat nak pakai. Kyoko berjaga sehingga jam 4 pagi untuk menyaipkan laporan nenek sihir. Baru sahaja Kyoko hendak tidur matanya pula buat hal tidak dapat nak lelap.

Sedar saja Kyoko dari tidur, dia tengok jam sudah pukul 9:50. Lebih malangnya lagi dia ada kelas pukul 10.30 pagi. Kyoko bergegas mandi dan mencapai apa sahaja yang tergantung dalam almarinya. Kyoko mengenakan gaun berwarna putih yang bercorak bunga dan dipadankan dengan canigen. Kemudian Kyoko terus berlari keluar dari rumah.

Kyoko tersedar dari lamunannya apabila perutnya sekali lagi bergendang. “Laparnya.” Kata Kyoko dengan nada yang rendah. Tiba-tiba Kyoko terfikir tentang Shinya. Agaknya apa yang dia sedang buat sekarang. Lalu Anna mencapai handphone nya  yang terdapat dalam bag. Jari jemari Kyoko menaip ‘Shinya’ lalu menekan butang send.

Kyoko meletakkan handphone nya ke atas paha agar Misaki tak nampak. Kalau Misaki nampak mesti dia rampas. Dia cukup pantang kalau pelajarnya bermain handphone ketika dia sedang mengajar.

Beberapa minit telah berlalu namun Shinya masih belum membalas messangenya. “Dia ada kelas ke sekarang? Atau dia silent kan hp dia sampai tak tahu ada message datang” Kyoko bermonolog. Anna menyimpan semula handphone nya ke dalam bag lalu meletakkan kedua sikunya ke atas tangan dan menyandarkan dagu pada tanggannya.

“Kau dah kenapa cakap seorang-seorang?” Soal May. Matanya masih tertumpu pada Misaki yang sedang gigih mengajar di hadapan.

“May apa kau nak makan nanti? Aku tengah lapar sangat-sangat ni. Rasanya seekor gajah pun mampu aku telan.” Kata Kyoko sambil memandang tepat ke wajah May. “Baiklah.” Jawab May acuh tak acuh.

Tepat jam 12.30 Misaki pun membubarkan pelajarnya, Kyoko cepat-cepat memasukkan bukunya ke dalam bag. “Cepatlah May, aku lapar sangat ni.” Kata Kyoko apabila dia melihat May masih mengemas barangnya.

Tiba sahaja dia café Kyoko mula mencium pelbagai aroma makanan. Membuatkan perut Kyoko bertambah lapar. Macam-macam makanan yang dijual dan menyebabkan Kyoko lebih sukar untuk buat pilihan.


“Kau makan bebola nasi saja? Tadi bukan main kau cakap kau lapar.” Kata May bila melihat Kyoko meletakkan beberapa bungkus bebola nasi di atas meja. “Apa salahnya, lagi pun harga bebola nasi lebih murah dan mengenangkan.” Kyoko membuka plastik pembalut bebola nasi lalu menyiapkan nasi ke dalam mulutnya.

“Eh…” Mata Kyoko terus tertumpu pada lelaki yang sedang berdiri di gerai Dango di hadapannya. Rasa macam pernah nampak lelaki itu. Bersungguh-sungguh Kyoko cuba ingat siapa lelaki itu.

“Betul tu, aku jumpa dia library kemarin. Lelaki yang aku cakap kami bertentang mata.” Kyoko memetik jarinya sebaik sahaja dia mendapatkan ingatannya kembali. May yang duduk berhadapan dengan Kyoko pun menoleh ke belakang.

Tersentak May melihat lelaki yang dikatakan Kyoko itu. May memandang Kyoko semula

Are you Joking?”

“Kenapa?” Soal Kyoko kehairanan.

“Kau tahu tak siapa dia? Akito, he is Usami Akito, satu-satu nya pewaris Usami’s Group. Berbanding dengan kita, hidup dia dua kali ganda lebih bahagia daripada kita. Malah aku dengar yang dia seorang yang bongkak dan disebabkan rupa paras dia yang handsome tambahan dia anak orang kaya, ramai perempuan yang tergila-gilakan dia. Tapi dia tak pandang pun perempuan di kolej kita dan hanya couple dengan orang setaraf dengan dia saja. Well anak orang kaya lah di katakan.” Jelas May.

Kyoko mendiamkan diri seketika. Pandangannya tidak lari dari memandang Akito. “Sekaya mana pun dia, dia tetap manusia biasa dan setiap manusia pasti ada masalah mereka masing-masing.” Kata Kyoko sambil memejamkan matanya dan mengingat kembali renungan Akito pada masa itu. “Mungkin juga tapi aku nasihatkan kau baik kau jauh kan diri dari dia kalau kau tak nak dapat masalah.” May mengacau ais di dalam airnya menggunakan straw.

Kedengaran lagu ‘Drowning’ berkumandang di udara. Kyoko segera mencapai handphone nya di dalam bag. Shinya yang menelefon. Malah dia juga ada beberapa message yang belum di buka. Pasti message dari Shinya. Kyoko langsung terlupa tentang Shinya.

“Hello.” Kyoko menjawab dengan sopan. Rasa bersalah. Namun Kyoko tahu Shinya tak kisah pun dengan semua itu.

“Kau tengah buat apa? Sorry tak balas message kau.”

 No problem...Aku tengah makan dengan May di cafe. Kau dah lunch ke? Kalau belum jom lunch dengan kami sekali.”

“Aku dah makan dengan kawan-kawan aku tadi, lagi pun aku ada kerja sikit yang aku perlu selesaikan. Kita jumpa petang nanti saja okay.” balas Shinya.

“Okay.”

“Shinya ke?” Soal May sebaik sabaik saja Kyoko meletakkan telefon. “Yap.” Balas Kyoko selamba sambil menyuapkan baki bebola nasi ke mulutnya. “Dia nak lunch dengan kita?” Soal May lagi. “Nope, Encik wakil pelajar kita kata dia tengah busy.” May hanya mengangguk.

Kyoko duduk di kerusi simen yang diukirkan seperti kayu yang terletak di sudut kiri lorong berjalan di foyer. Kyoko tidak henti menelit jam handphone nya. Dia berharap sangat Shinya cepat-cepat datang. Setiap kali kalau ada orang yang limpas pasti mereka akan menoleh ke arah Kyoko dan membuatkan Kyoko rasa janggal.

Terukir senyuman di wajah gadis itu apabila melihat Shinya berjalan menghampirinya. Kyoko terus melambai-lambai kepada nya. Shinya membalas senyuman manis Kyoko lalu berlari anak menuju ke arahnya.

“Kau dah lama tunggu?” Soal Shinya.

“Boleh tahan….dan hanya tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa bila duduk seorang di sini.” Kyoko mencebik.

“What happen?” soal Shinya kehairanan.

“Tak ada apa, tak penting pun. Jom pergi sekarang nanti tertinggal bas pula.” Malas nak membuang masa, Kyoko terus menarik tangan Shinya dan pergi meninggalkan kawasan kolej.

Kyoko dan Shinya berjalan melalui lorong berjalan kaki dan melimpasi satu per satu kedai yang terdapat di sudut kiri dan kanan mereka. Mata Kyoko meliar memandang bangunan di sekelilingya. Setahun lebih Kyoko menetap di bandar Shibuya dan ini lah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke daerah ini. Dari tempat Kyoko berdiri, dia dapat mencium bau roti yang baru dibakar. Pasti ada bakery tidak jauh dari sini fikir Kyoko.

Berjalan berdua-duaan dengan Shinya tiba-tiba membuatkan hati Kyoko berdengup dengan kencang. Bahu mereka hampir tersentuh tambahan pula Shinya hanya senyap saja sepanjang perjalanan mereka. “Kenapa dengan aku pula ni. Bukannya aku tidak biasa dengan Shinya dan kami pun dah lama berkawan. Mungkin tempat asing ini buat aku lebih nerves.” Bisik Kyoko dalam hati.

“Kita nak pergi mana?” Kyoko cuba memulakan perbualan dengan Shinya. Lagi pun persoalan itu yang asik bermain di fikiran Kyoko sejak mereka sampai di situ.

“Aku nak belikan hadiah untuk seseorang.” Shinya berhenti di hadapan sebuah kedai. Matanya memandang tepat pada tingkap kedai itu.

“Hadiah?”

“Yes, aku nak berikan hadiah untuk kawan perempuan aku tapi aku tak tahu apa yang dia suka. Jadi aku nak minta tolong kau untuk pilihkan untuk aku.” Ujar Shinya.

“Wow, first time aku dengar kau sebut tentang kawan perempuan kau. Siapa dia, dia cantik ke, mesti kau suka dia kan?” Shinya hanya tersenyum apabila melihat Kyoko tidak henti-henti menyoalnya.

“Alah…cakap lah.” Soal Kyoko lagi

“Mungkin juga.” Balas Shinya lalu membuka pintu kedai itu lalu memberi laluan kepada Kyoko untuk masuk terlebih dahulu.

Mata Kyoko terbeliak melihat suasana di dalam kedai itu. Terdapat pelbagai accessory seperti rantai, gelang dan cincin yang tersusun di atas meja besar yang terletak di tengah-tengah kedai. Di sudut kanan pula terdapat klip rambut yang pelbagai warna dan fashion yang di susun atas almari serta di sinari oleh lampu yang digantung pada dinding.

“OMG…mana kamu tahu  tentang kedai ini?” Soal Kyoko. Matanya bersinar-sinar melihat accessory di sekelilingnya. Bagi seorang perempuan, kedai ini umpama syurga.

“Kawan aku yang cadangkan.” Balas Shinya.

Kyoko mencapai seutas gelang dari meja yang dihias dengan loceng berbentuk rama-rama serta manik yang berwarna putih dan terlukis corak bunga di atasnya. Lalu dia cuba memakai di pergelangan tangangannya.

Memandang gelang itu mengingatkan Kyoko tentang perbualannya dengan Mayu. Mayu pernah memberitahunya setiap barang perhiasan yang dihadiahkan oleh lelaki kepada teman wanita mereka membawa maksud yang tersendiri. Cincin pasangan yang di pakai pada jari pasangan kekasih bagaikan benang merah yang sentiasa mengikat mereka bersama. Manakala gelang pula bagaikan gari yang digarikan pada tangan si teman wanita.

“It seem like you found something.” Kata Shinya dan terus membawa Kyoko kembali ke dunia realiti.

“Apa kata kalau kau hadiah kan dia seutas gelang?” Lalu Kyoko menanggalkan gelang itu dan menghulurkannya kepada Shinya. “Aku rasa gelang itu pasti sesuai dengan dia.” Kata Kyoko lagi.

“Hhmm…okay.”

“Eh…cepat betul kamu buat keputusan?”

“Sebab aku percaya dengan pilihan Kyoko.” Shinya mengenyitkan matanya sambil tersenyum. Tanpa melengahkan masa, Shinya terus menuju ke kaunter pembayaran. Semasa Shinya sedang membuat pembayaran casher itu turut menawarkan diri untuk membungkuskan gelang itu di dalam buah kotak. Shinya mengangguk.

Melihat hadiah yang telah dibungkus dengan cantik membuatkan Kyoko turut beras iri hati. “Bertuah betul gadis itu.” Bisik Kyoko dalam hati.

Mar 21, 2015

The destiny 1: Faith


Suasana perpustakaan dibanjiri oleh mahasiswa dan mahasiswi ketika Kyoko dan May melangkah masuk ke dalamnya. Mata mereka meliar mencari tempat duduk di sudut membaca. “Sana ada kosong.” May berjalan  ke arah tempat duduk yang dijumpainya. Kyoko hanya mengikutnya dari belakang.

“Habislah kita kalau tak sempat hantar laporan hari rabu nanti. Mesti nenek sihir itu paksa kita drop subjek.” May meletakkan laptopnya ke atas meja sambil melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. “Cool down, kita mesti boleh siapkannya on time.” Balas Kyoko.

Kyoko mula berjalan ke arah rak-rak yang dipenuhi dengan buku. “Kau nak pergi mana pula?” soal May sambil membuka laptopnya. “Nak cari bukulah, nak ke mana lagi.” Jawab Kyoko spontan.

Mata Kyoko meliar memandang buku-buku yang disusun rapi di tempatnya. Pandangan Kyoko tertumpu pada sebuah buku yang berjudul “Faith”. Perkataan takdir telah cukup membuat Kyoko tertanya-tanya apakah isi kandungan buku itu. Tanpa disedari tangan Kyoko mencapainya.

Kyoko membaca halaman demi halaman sambil menghayati setiap ayat-ayat yang tertulis dalam buku itu. “Faith” Kyoko menyebut dengan nada yang perlahan. Kyoko mengembalikan buku itu ke tempat asalnya. Hingga ke saat itu barulah Kyoko sedar seseorang lelaki sedang memerhati gelagatnya. Dia berdiri di arah yang bertentangan.

Buat seketika mata mereka bertentangan. Hati Kyoko mula berdengup dengan kencang. “Kenapa dengan aku ni?” soalnya dalam hati. Kyoko dapat merasakan sesuatu apabila dia melihat mata lelaki itu. Namun dia sendiri tidak mengerti perasaan apakah itu?

“Kyoko” Kyoko segera berpaling apabila mendengar seseorang memanggilnya. Kelihatan May sedang berjalan mendekatinya. “Kau ada jumpa apa-apa? Lama betul aku tunggu kau tadi.” Kata May. “Belum lagi.” Kyoko menggelengkan kepalanya. Kyoko kembali memandang ke arah lelaki tadi namun dia telah pergi. “Jomlah kita pergi makan dulu aku laparlah. Aku rasa otak aku macam tak berfungsi bila perut aku kosong.” Kata May sambil ketawa kecil. Kyoko hanya mampu menggeleng kepalanya apabila melihat gelagat sahabatnya itu.

Kyoko dan May berkunjung ke MacDonald yang berdekatan dengan kolej. Sampai sahaja di sana pekerja di kaunter terus mengambil pesanan mereka. Kyoko telah memesan satu set Big Mac dan May pula memesan set ayam goreng. Setelah selesai membuat pembayaran, mereka pergi mencari tempat duduk sambil membawa dulang yang telah dipenuhi dengan makanan. Mereka memilih untuk duduk di suatu sudut berdekatan dengan tingkap. Dari situ mereka dapat melihat orang awam yang lalu lalang.

“Hoi kau dengar tak apa yang aku cakap?” kata May dengan nada suara yang tinggi apabila mendapati Kyoko tidak memberi perhatian. “May, kau pernah tak berasa seram sejuk bila bertentang mata dengan seseorang?” soal Kyoko sambil memandang tepat pada wajah May. “Apa yang kau merepek ni? Ada. Contohnya sekarang, bila kau tiba-tiba cakap perkara yang bukan-bukan.” May menyampai fries yang terletak di pinggan Kyoko lalu menyupkannya ke dalam mulut.

“Tadi aku terjumpa seorang mamat ni dan kami bertentang mata. Sebaik saja aku memandang matanya, aku dapat merasakan kesedihan yang tidak terungkap. Penderitaan yang dia hanya mampu dipendam saja di dalam hati. Jauh di sudut hatinya dia sedang menjerit-jerit agar seseorang menyedari perasaannya dan semua itu buat hati aku sakit sangat.” Jelas Kyoko panjang lebar.

May mendiamkan diri seketika. “Kau tak perlulah fikirkan sangat tentang dia, mungkin semua itu firasat kau saja. Kalau betul pun apa yang kau rasakan, kau bukannya boleh buat apa-apa untuk tolong dia dan kau pun tak kenal dia.”

“Betul juga.” Kyoko memejam matanya lalu menggeleng-geleng kepalanya. Kyoko memberitahu dirinya agar melupakan segalanya yang dia telah nampak.

“Kyoko…Kyoko.” Kyoko terus terjaga dari lamunannya apabila mendengar namanya dipanggil. Kyoko memandang ke arah Mayu yang sedang berbaring di atas katil sebelah.

Mayu adalah kawan baik Kyoko sejak sekolah rendah. tamat pengajian di sekolah menengah tinggi Kyoko telah membuat keputusan untuk ke bandar Sibuya menyambung pelajarannya di sebuah Universiti ternama di Sibuya. Mayu yang tidak minat sambung belajar pula mengambil sijil kemahiran selama setahun dan mula bekerja di sebuah salon di Sibuya. Sebaik saja Kyoko dan Mayu berpindah ke bandar Sibuya, mereka telah menyewa bilik bersama memandangkan kos menyewa sebuah bilik agak tinggi bagi seorang pelajar.

 “Handphone kau dari tadi bordering, cepatlah angkat.” Kata Mayu. Kyoko berjalan ke arah meja yang terletak di kaki katil Mayu lalu mencapai handphone nya. Nama Shinya terpapar pada skrin handphone Kyoko.

“Hello...are you busy?” kedengaran suara yang garau di sebalik telefon Kyoko. “Taklah.” Kyoko menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum. Jatuh maruahnya kalau dia beritahu Shinya yang dia sedang mengelamun sampai tak dengar handphone  berdering.
“Mimpi apa kau call aku malam-malam begini?” Soal Kyoko. 
“Hmm…sebab aku rindukan kau.” Kedengaran suara Shinya sedang ketawa kecil. Kyoko turut tersenyum mendengarnya.
“Encik wakil pelajar cepatlah cakap kenapa kau call?” soal Kyoko kurang sabar.
“Kau ada kelas esok?”
“Ada, last kelas aku pukul 4. Kenapa kau nak belanja aku ke?” Ejek Kyoko sambil tersenyum lebar. Walaupun Kyoko tidak dapat melihat wajah Shinya namun dia yakin pasti shinya pun tersenyum seperti dirinya.
“Adalah...kita jumpa di foyer jam 4 petang okay?”
“Fine..."
“Ok, see you tomorrow.”
"Bye.” Ujar Kyoko lalu meletakkan telefon.

Kyoko meletakkan handphone nya di atas meja sambil tersenyum lebar. “Shinya ke yang call tadi?” Kyoko segera mengalihkan pandangannya ke arah Mayu. “Mana kau tahu?” Kyoko kembali ke katilnya lalu melabuhkan punggung ke atas nya. “Siapa lagi yang boleh buat kau tersengeh-sengeh selain Shinya.” Sindir Mayu.

Tanpa disedari sebiji bantal terbang ke arah Mayu. “Mana ada aku tersengeh-sengeh.” Kata Kyoko denggan nada yang kuat. "Memang betul pun.” Mayu membaling semula bantal Kyoko ke arahnya sambil ketawa. Kyoko segera menyambut bantal itu. Melihat Mayu ketawa membuat Kyoko turut ketawa bersama.